Like Blog Ini...

Tuesday, January 10, 2012

Bengkel perkasa modal insan Jakim

BAHAGIAN Pembangunan Insan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diamanah melaksanakan Bengkel Memperkasa Modal Insan Sektor Pembangunan Insan di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Wilayah Timur berlangsung pada 21- 23 Disember 2011.

Bengkel ini dihadiri oleh 51 peserta terdiri daripada Pengarah serta wakil dari bahagian di bawah Sektor Pembangunan Insan bagi menjayakan bengkel tersebut.

Bahagian-bahagian di bawah sektor Pembangunan Insan terdiri daripada Bahagian Dakwah, Bahagian Pembangunan Insan, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, Darul Quran, IILIM, Bangi serta ILIM Wilayah Timur.

Objektif utama bengkel adalah menyelaraskan semula organisasi dan fungsi bahagian dalam memperkasakan lagi modal Insan di bawah Sektor Pembangunan Insan.

Bengkel ini turut mengundang fasilitator daripada Intan Tengah (Intengah), Sarengah Mohd. Sambagi untuk menjelaskan lagi berkaitan pelaksanaan carta fungsi dan organisasi. Beliau turut terlibat dalam pembentukan New Intan.

Bengkel dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jakim, Razali Shahabudin.

Beliau turut menyampaikan amanatnya bagi pelaksanaan program bahagian di bawah sektor Pembangunan Insan bagi tahun 2012.

"Saya berharap pegawai Jakim sentiasa mampu melaksanakan tugas dengan lebih cemerlang bagi memastikan program yang diatur adalah terancang dan selari," katanya.

Darul Quran terima pelajar baru

Darul Quran Jakim membuka tirai tahun 2012 dengan menerima pendaftaran pelajar baru bagi Program Pensijilan Tahfiz al-Quran Jakim-UIAM Sesi 2012/2013 pada 4 Januari lalu.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha.

Othman dalam ucapannya merakamkan tahniah dan syabas kepada seluruh pelajar baru dan juga ibu bapa pelajar di atas kejayaan mereka mendaftarkan diri di Darul Quran sebagai pusat pengajian tahfiz terulung dalam negara.

Beliau berharap para pelajar menjaga akhlak dan adab-adab sebagai pelajar yang menjunjung al-Quran dalam kehidupan mereka.

"Saya juga menyeru para pelajar agar kekal menimba ilmu di Darul Quran dan tidak mensia-siakan peluang yang ada," katanya.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Insan, Razali Shahabudin, Pengarah Darul Quran, Paimuzi Yahya dan Dekan Pusat Asasi UIAM, Prof. Madya Datuk Dr. Syed Zahir Idid Syed Osman Idid.

No comments: