Assalamu'alaikum..
Saya ingin berkongsi sebuah kisah yg benar2 menyentuh hati saya...
Suatu hari para sahabat melihat Rasulullah S.A.W duduk sambil tertawa dengan gembira sekali. Saidina Umar r.a pun bertanya," Mengapa ?"
Rasulullah menjawab, "Ada 2 orang umatku yang memperhitungkan hak-haknya .
Yang seorang berkata : "Berikanlah haknya yang telah engkau zalimi itu!,"
Maka berkatalah yang dituntut itu dengan kesedihan : "Ya ALLAH , wahai Tuhanku ! Sesungguhnya kebaikanku telahpun habis semuanya , maka tiadalah lagi yang dapat aku berikan kepada saudara ini,"
Maka lantas dijawab oleh orang yang menuntut itu,"Oleh itu maka orang ini mesti mengambil segala dosaku sebagai gantinya!,"
Tatkala itu kelihatan Rasulullah s.a.w mengalirkan air mata nya menahan kesedihan yang menimpa nasib orang yang dituntut itu, lalu meneruskan sabdanya : "Kemudian ALLAH S.W.T berfirman kepada orang yang menuntut itu,"Angkatlah kepalamu dan lihatlah syurga,"
Apabila dilihat oleh si penuntut itu atas syurga yang penuh didalamnya kota-kota yang berlantaikan perak dan gedung-gedung indah yang diperbuat daripada emas bertahtakan perak, intan , permata yang elok-elok ,"Apakah itu semua untuk nabi-nabi atau apakah untuk orang yang syahid?,"
Maka dijawab ALLAH S.W.T :"Itu untuk sesiapa sahaja yang sanggup membayarnya !,"
Maka kata si penuntut "Ya ALLAH ! Siapakah yang memiliki harta yang banyak untuk membeli syurga yang amat hebat itu?,"
Maka dijawab ALLAH S.W.T ,"Engkau pun dapat membayarnya. Iaitu dengan mengampuni saudara yang telah menzalimimu.
Maka kata si penuntut itu: "Kalau begitu aku sanggup mengampuni dosanya terhadapku!"
Firman ALLAH S.W.T :"Pimpinlah tangan saudaramu bersama-sama kedalam syurga itu.
Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda :"Maka berbuat baiklah kepada saudara mu sesama muslim,".
Take your brother's hand and walk with him towards jannah.
Betapa hebatnya kasih sayang Allah kepada hamba-hambaNya. Sehingga kesudahannya kedua-dua orang tersebut masuk ke syurga. Kalau nak diikutkan amal ibadah kita, mampukah kita menjejakkan kaki ke syurga. Tak lain dan tak bukan hanya dengan rahmat dan redha Allah.
Dari Jabir R.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:�Bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka, termasuk juga aku, tetapi ialah semata-mata rahmat Allah S.W.T belaka.� (Riwayat Muslim)
Kalau kita lihat kembali pada cerita yang awal tadi, disitu ada diselitkan tentang kemaafan. Bagaimana kita diajar agar memaafkan orang lain. Masih ingat kisah seorang pemuda yang dikatakan ahli syurga oleh Rasulullah SAW. Sahabat yang ingin tahu tentang apa istimewanya pemuda ini sehingga dikatakan sebagai ahli syurga. Setelah diselidiki, amalannya hanya biasa sahaja, cuma dia tidak lupa memaafkan kesalahan semua orang yang berbuat salah dengannya. Setiap kali sebelum melelapkan mata, dia akan memaafkan mereka terlebih dahulu.
wallahualam..
No comments:
Post a Comment