Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
ashriq.ahmad@utusan.com.my
Berdasarkan kejayaan yang dicapai oleh Samsung dalam komputer riba Siri 9, kini syarikat tersebut kembali memperkenalkan siri baru iaitu Siri 7 Chronos.
Dilengkapi bersama sarung yang diperbuat daripada aluminium, ringan dan kompak, Siri 7 Chronos juga turut dimuatkan bersama teknologi terkini daripada Intel Core i5 Quad Core yang mana mampu menyediakan data memori flash sebanyak 8GB kepada papan utama.
Menurut Pengarah Urusan, Samsung Malaysia Electronics Sdn. Bhd., Kwon Jae Hoon, Siri 7 Chronos mampu meningkatkan penggunaan komputer riba di kalangan peminatnya.
"Matlamat kami untuk menghasilkan komputer riba yang bukan sahaja dapat memudahkan perjalanan hidup penggunanya, malah dapat digunakan dalam pelbagai bidang dan dapat memenuhi permintaan pasaran.
"Kami juga mempercayai bahawa penciptaan Siri 7 Chronos merupakan kemuncak kepada penghasilan serta penggunaan komputer riba," ujarnya pada majlis pelancaran komputer tersebut di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Selain memiliki kelajuan yang tinggi, Siri 7 Chronos juga turut dilengkapi paparan berkualiti tinggi bersama teknologi MAX Screen 14 inci.
Tanpa mengorbankan keselesaan untuk bergerak bersama skrin seluas 14 inci, pengguna malah memiliki kelebihan paparan yang lebih luas serta jelas berbanding skrin 13 inci sebelum ini.
Menurut Pengurus Negeri, Intel Malaysia dan Brunei, Prakash Mallya, pengguna komputer kini lebih berminat kepada komputer riba yang lebih ringan dan nipis supaya ia mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja mereka pergi.
"Justeru, kami di Intel percaya Siri 7 Chronos mampu memenuhi keperluan tersebut dan memberikan pengalaman komputeran bersama Intel Core i5," ujarnya.
Untuk maklumat lanjut berkenaan komputer riba Samsung 7 Chronos anda boleh layari www.samsung.com.my
No comments:
Post a Comment