Sumber : Chef Wan
Bahan-bahan
1 ekor ayam (2 kg), dibersihkan dan dipotong 2 (saya guna chicken breast sahaja)
Garam secukup rasa (biarkan masin sikit)
Bahan sampingan
Daun salad, disiat kasar-kasar
Timun & tomato dihiris-hiris
Ubi kentang, direbus, dikupas dan dihiris-hiris
Lemon, dipotong baji
Daun pudina
Rempah Chermoula (dikisar halus-halus)
3 tangkai cili merah
1 sdb cili serbuk
1 sdb paprika
1 sdt kunyit serbuk
1 sdt jintan putih/halus serbuk
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1/2 cawan hirisan daun ketumbar
1/4 cawan minyak zaitun
Air perahan daripada 1/2 biji lemon
Cara
Lumur garam dan rempah chermaula di serata permukaan ayam dan juga di bahagian bawah kulitnya. Perap ayam selama 3-4 jam di dalam peti sejuk.
Keluarkan ayam dari peti sejuk dan biarkan ia ke suhu bilik.
Bakar ayam di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan 180C selama 45 minit, dengan membalik-balikkannya setiap 20 minit.
Saji ayam bersama daun salad, timun, tomato, kentang, lemon dan daun pudina.
No comments:
Post a Comment