Like Blog Ini...

Thursday, August 6, 2009

Karipap Zakhaf Kitchen

Sumber : Zakhaf Kitchen

Bahan A – Doh Bahagian Dalam:

100 gm tepung gandum
55 gm shortening

Bahan B – Doh Bahagian Luar:

120 gm tepung gandum
2 tsp minyak sapi – boleh ganti dengan shortening @ butter tapi lebih sedap guna minyak sapi
1 tsp shortening
95 ml air
¼ tsp jus limau – fungsi jus limau untuk hilangkan bau tepung dan bagi lembut

Bahan C – Inti:

300 gm isi ayam, dicincang
2 tbsp @ 2½ bungkus kecil rempah kari, bancuh dengan air
2½ tsp cili serbuk – guna 1 tsp cili serbuk untuk setiap 1 bungkus kecil rempah kari
2 tbsp cili kisar
1 kg kentang, didadu
3 biji bawang besar – seelok-eloknya bawang kecil, lebih sedap
Bawang putih
1 tsp serbuk lada hitam
2 tbsp udang kering – untuk lebih sedap
Daun sup
Daun bawang
Garam
Gula

Cara Menyediakannya

Inti:
Panaskan sedikit minyak (jangan banyak). Tumis bawang putih dan bawang besar. Kemudian masukkan rempah kari, cili kering dan cili serbuk.
Masukkan daun sup, ayam, air dan serbuk lada hitam.
Masak hingga pekat.

Doh A:
Gaul kedua-dua bahan hingga menjadi doh yang basah dan lembut.

Doh B:
Gaul tepung, minyak sapi dan shortening didalam mangkuk.
Buat lubang kat tengah. Tuangkan sedikit air dan gaulkan tepung secara bulatan/berpusing.
Tambah air ketika adunan masih lembut dan berair. JANGAN TUNGGU HINGGA DOH KERAS.
Uli sehingga dapat doh yang lembut (doh memang akan melekat di tangan).
Keluarkan doh dan uli dengan sedikit tepung di atas papan canai sehingga doh tidak melekat di tangan.
Tutup dengan plastic dan perap/biarkan kedua-dua doh selama 10 min.
Kemudian, bahagikan kedua-dua doh kepada 10 bahagian.
Balutkan Doh A menggunakan Doh B. Buat sehingga habis.

Nota:

Karipap ini boleh terus disejukbekukan tanpa terlebih dahulu digoreng kerana ia tidak akan melekat di antara satu sama lain.

No comments: