Like Blog Ini...

Friday, August 7, 2009

Gaya inovatif tulisan tangan

NAZRUL AZIM SHARUDDIN
nazrul.sharuddin@utusan.com.my

PENERAJU global untuk produk telekomunikasi mobiliti, Motorola Inc. baru-baru ini memperkenalkan siri telefon bimbit pintar terkini, MOTO A810.

Bagi tujuan melengkapkan produktiviti multimedia, model tersebut dilengkapi dengan teknologi pengecaman tulisan tangan pintar yang inovatif.

Selain didatangkan dengan reka bentuk nipis dan bergaya, pakej aplikasi yang ditawarkan juga sesuai untuk kegunaan golongan muda dan profesional.

Menurut Pengarah Jualan Wilayah Asia Selatan Motorola, Robert Van Tilburg, fungsi pengecaman tulisan tangan itu disokong oleh teknologi pen siri MINGTM yang memberi pantulan kepada teks yang ditulis.

''Kelebihan itu bakal memberi kelebihan ketika merekodkan sesuatu maklumat supaya menjadi lebih mudah dan natural,'' katanya.

Ciri multimedia lain yang diintegrasikan bersama adalah seperti pemain video dan MP3, penalaan radio FM dan kamera binaan dalam dua megapiksel.

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan transmisi data USB 2.0 selain capaian simpanan memori pada kad MicroSD sehingga dua gigabait (GB).

Pengguna juga akan dapat menikmati beberapa aplikasi lain yang ditawarkan seperti permainan video dan juga kemudahan kamus.

Dengan segala fungsi yang disediakan, telefon bimbit ini sememangnya sesuai digunakan sama ada untuk tujuan bekerja atau berhibur.

Dengan tawaran dua warna klasik pilihan iaitu hitam dan putih, MOTO A810 kini boleh diperolehi dengan harga pasaran RM499.

Maklumat dan spesifikasi lengkap boleh didapati di laman sesawang www.motorola.com/my.

No comments: