Like Blog Ini...

Sunday, February 15, 2009

Nasi paprik

Kiriman: zatie

Bahan-Bahan:
Nasi untuk 6 orang makan
300 gm ayam(dipotong kecil)
300 gm sotong
4 ulas bawang putih(dicincang)
15 biji cili api(dipotong kecil)
5 batang serai
15 helai daun limau purut
5 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram
4 sudu kicap manis
Kacang panjang
Karot
Bunga kobis
Jagung muda
Minyak masak
Garam

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan cili api
2. Masukkan ayam, sotong, kicap, sos tiram, sos tomato.
3. Selepas itu masukkan serai yg telah diketuk dan daun limau purut.
4. Bila ayam dan sotong masak masukkan sayur-sayuran yang telah dipotong.
5. Masukkan garam secukup rasa

No comments: