Like Blog Ini...

Monday, February 16, 2009

Resepi Baked Macaroni

Baked Macaroni 
Kiriman: Hani Suruli 
Sumber: Auntie sebelah rumah 


Bahan-Bahan: 
Bahan 

1 kotak makaroni (Buitoni-3 minit dah masak) 
1 mangkuk Keju cheddar diparut 
1 mangkuk sayuran campur 
½ mangkuk daging ayam/lembu cincang 
3-4 batang sosej ayam/daging 
1 tin mashroom/chicken soup 
2-3 ulas bawang putih 
1 tin cendawan butang(di hiris nipis) 
1 biji telur ayam 
Sedikit Parmesan Cheese 
Cara: 
1.Rebus makaroni bersama butter sehingga lembut dan toskan.Cincang bawang putih dan tumiskan sehingga naik bau.masukkan Daging cincang dan sosej yang telah di hancurkan apabila daging sudah agak masak masukkan cendawan butang yang telah dihiris nipis dan sayuran campur tadi.Masak sehingga semuanya sebati. Taburkan sedikit lada putih. 
2.Sementara itu campurkan 1 tin mashroom/chicken soup dengan sebiji telur dan kacau sedikit sehingga menjadi sos. 
3.Sediakan satu loyang untuk membakar dengan dilengserkan dengan sedikit butter supaya makaroni tidak melekat apabila telah masak. 
4.Mula-mula taburkan makaroni satu lapisan dan diikuti dengan sayur campur dan satu lapisan keju yang telah diparut.kemudian buat satu lagi lapisan seperti tadi sehingga 2 lapisan dan lapisan yang terakhir sekali taburkan makaroni sahaja dan diikuti dengan sos mushroom/chicken soup tadi dan taburkan sedikit keju lagi diatasnya. 
5.Bahan tadi di bakar didalam oven selama 1/2 jam atau sehingga masak dan lapisan atas kelihatan agak kekuningan tapi jangan sampai hangus. 
Cadangan Hidangan: 
Apabila telah masak biarkan sedikit sejuk dan dipotong seperti memotong kek dan letakkan diatas pinggan leper dan taburkan sedikit pamesan cheese dan dimakan bersama sos cili ataupun tabasco. 
Tambahan: 
Apabila masukkan sos mushroom soup tadi biarkan seketika sehingga sos meresap ke bawah. Kemudian barulah dibakar.

No comments: