Like Blog Ini...

Saturday, February 7, 2009

Sah bagi zakat kepada suami OKU

BICARA ZAKAT


SOALAN
Tiga tahun dahulu, suami saya ditimpa kemalangan. Sejak dari itu, sayalah yang menjadi sumber pendapatan keluarga. Saya turut dikenakan zakat. Jadi, adakah saya boleh menyalurkan zakat saya kepada suami saya?

JAWAPAN
Semoga puan terus dikurniakan dengan ketabahan demi meneruskan kehidupan. Amat besar ganjaran kesabaran kepada seorang isteri, seperti mana besarnya kesabaran Siti Khadijah di sisi nabi, amin.

Sesungguhnya suami bukanlah merupakan ahli yang wajib ditanggung saraan hidupnya oleh seorang isteri. Ini kerana, Islam mewajibkan seorang suami yang keluar mencari pendapatan. Isteri tugasnya ialah menguruskan rumah tangga suaminya.

Walau bagaimanapun, atas keperluan semasa maka puan yang kini mencari rezeki. Maka, dari sudut hukum sah zakat jika diberikan kepada suami puan.

Namun begitu, adalah lebih baik jika puan menunaikan zakat kepada institusi zakat dan berhubungan terus dengan institusi zakat di tempat puan agar bantuan zakat secara lebih teratur dapat disalurkan demi kebaikan suami

No comments: