Chocolate Cake With Topping Choc
Kiriman: Nurzarina Jaafar
Sumber: Kawan
Bahan-Bahan:
Bahan-Bahan
Kek
4 Cawan Tepung Naik Sendiri
3 Biji Telur
2 Cawan Gula Pasir
1 Planta
5 Sudu besar Serbuk koko
1 sudu teh esen vanilla Topping Kek
1 biji telur ayam
setengah cawan gula pasir
6 sudu serbuk koko (nak lebih pun boleh)
1 sudu planta
1 cawan air suam
1 cawan susu cair
1 cawan badam cincang (dipanggang)
Cara:
1. Pukul gula bersama planta hingga
kembang
2. masukkan telur dan pukul lagi
3. Masukkan tepung dan serbuk koko dan
pukul lagi
4. Setelah adunan sebati, tuangkan
dalam acuan dan bakar didalam oven
selama 30 minit
Topping kek
1. Panaskan kuali cairkan planta
2. Masukkan gula dan kacau hingga larut tunggu hingga gula hancur
3. Sementara menunggu gula hancur, pukul telur bersama susu cair hingga larut dan kemudian tuang kedalam gula tadi. Tambahkan serbuk koko dan kacau hingga agak pekat dan boleh dituangkan di atas kek tadi.
Cadangan Hidangan:
Hiaskan dengan taburan badam cincang yang telah dipanggang
Tambahan:
Hiasan boleh juga ditabur dengan choclate rice
No comments:
Post a Comment