Like Blog Ini...

Monday, August 10, 2009

AYAM MASAK MERAH MENYALA

BAHAN-BAHAN
600 g ( 5 ketul) ayam (peha) - dibuang kulit dan lemak, dilumur dengan
3 g (1/2 sudu teh) garam kunyit
170 g (1/2 botol sederhana) sos tomato
150 ml (3/4 cawan) air
10 ml (1 sudu makan) minyak sayuran
10 g (2 ulas) bawang putih } dihiris
90 g (1 biji) bawang besar }
10 g cili kering - dikisar
10 g halia }
10 g (2 ulas) bawang putih } dikisar

BAHAN HIASAN
2 biji bawang besar
1 biji cili hijau
1 biji lobak merah
1/2 cawan kacang peas

CARA MEMBUATNYA
Bakar ayam sehingga separuh masak
Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar yang telah dihiris sehingga warna keemasan
Masukkan cili dan tumiskan sehingga harum
Masukkan halia dan bawang putih yang telah dikisar
Masukkan air dan sos tomato
Masukkan ayam yang telah dibakar, gaul sehingga rata
Bila masak, hiaskan dan hidangkan

No comments: