Like Blog Ini...

Monday, August 10, 2009

MI KARI

BAHAN-BAHAN:
350 g (5 cawan) mi kuning - dicelur dan ditoskan
200 g isi kerang
150 g isi udang
250 g dada ayam - dipotong kecil
600 g (6 pokok) sawi dipotong kecil dan dicelur
200 g taugeh - dicelur
200 g (2 keping) tauhu - dibakar dan dipotong dadu
500 ml (2 1/2 cawan) santan cair -diperah drp 1/4 biji kelapa
650 ml (3 1/4 cawan) air
30 g (3 ulas) bawang merah }
10 g (2 ulas) bawang putih } ditumbuk lumat
20 g (2 cm) halia }
40 g (4 sudu makan) rempah kari dijadikan pes
3 sm kayu manis
3 biji bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
300 g (2 biji) tomato
5 g (2 kpg) asam keping
10 g (3 tangkai) daun kari
15 g (3 tangkai) daun ketumbar - dihiris
20 g (2 sudu makan) minyak sayuran
3 g (1/2 sudu teh) garam

CARA MEMBUATNYA:
Tumiskan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang,pelaga,bawang merah,bawang putih dan halia sehingga kuning atas api rendah
Masukkan pes rempah kari dan daun kari. Tumis hingga harum
Masukkan ayam dan gaul dengan rata.
Masukkan sedikit air.
Tutup dan masak di atas api sederhana selama 5 minit
Masukkan udang dan kerang
Masukkan asam keping, santan dan air. Biarkan ia mendidih
Masukkan garam. Biarkan ia masak beberapa minit.
Masukkan tomato kemudian tutupkan api
Untuk menghidangkannya, masukkan mi, taugeh, sawi dan tauhu di dalam mangkuk.
Kemudian tuangkan kuah yang panas keatasnya
Resepi ini rendah lemak dan tinggi karbohaidrat kompleks

No comments: