Like Blog Ini...

Monday, August 10, 2009

KEK PISANG BRUNEI

BAHAN-BAHAN:
1/2 buku mentega (125 gm)
1 cawan gula halus
1 cawan pisang raja (dilecek dengan garpu - jangan dimesin)
2 butir telur ayam
2 sudu besar susu cair
2 sudu teh esen vanilla
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh sodium bicarbonate
1/2 sudu teh garam halus

CARA MEMBUATNYA:
Tepung gandum, baking powder, sodium bicarbonate & garam halus diayak bersama. Ketepikan.
Pukul mentega dengan gula hingga kembang.
Masukkan telur satu persatu dalam adunan gula dan pukul rata.
Masukkan pisang lecek ke dalam adunan gula dan gaul rata dengan lembut menggunakan senduk kayu (JANGAN DIMESIN).
Masukkan adunan tepung ke dalam adunan gula sedikit demi sedikit dan gaul rata menggunakan senduk kayu.
Masukkan susu cair dan esen vanilla ke dalam adunan dan gaul rata menggunakan senduk kayu.
Masukkan ke dalam acuan yang telah dilengser mentega dan dilapik dengan kertas kalis minyak.
Bakar dalam ketuhar pada suhu 180 darjah Celsius selama 30 - 40 minit atau sehingga masak.

NOTA : JIKA TIDAK MAHU KEK BERWARNA GELAP, LECEK PISANG SEJURUS SEBELUM DIMASUKKAN KE DALAM ADUNAN

No comments: