Like Blog Ini...

Saturday, August 1, 2009

Seminar sains dan solat peringkat kebangsaan

AMAT banyak ayat-ayat di dalam kitab suci al-Quran yang menyentuh mengenai perintah solat ke atas umat Islam.

Tanpa sedar, begitu banyak yang tersirat dalam ibadah yang menjadi tiang agama yang belum terungkap.

Justeru memandangkan ibadah solat mempunyai pelbagai rahsia di sebaliknya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan Universiti Malaya (UM) menganjurkan Seminar sains dan Solat peringkat kebangsaan 2009.

Seminar sehari yang akan diadakan pada 5 Ogos 2009 di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur itu akan dirasmikan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Dalam majlis berkenaan dua lagi buku projek biosolat hasil kajian sekumpulan saintis dari UM akan dilancarkan iaitu Pencegahan Penyakit Jantung daripada Perspektif Sains dan Holistik dan Senaman Regangan dan Pergerakan Solat.

Sebelum ini UM telah menerbitkan buku Solat Kebaikan dari Perspektif Sains.

Seramai lapan penceramah yang terdiri daripada ulamak, saintis dan pakar perubatan akan membentangkan kertas kerja masing-masing mengenai kelebihan solat dari segi sains dan agama.

Antara mereka yang akan menyampaikan kertas kerja adalah Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady, Prof. Dr. Ir. Wan Abu Bakar Wan Abbas, Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim, Prof. Dr. Wan Azman bin Wan Ahmad dan Prof. Madya Dr. Anisah binti Ghani.

Pembaca yang berminat untuk menghadiri seminar berkenaan melayari laman web Jakim (www.islamgov.my) untuk mendapatkan maklumat lanjut.

No comments: