Like Blog Ini...

Monday, August 10, 2009

Rebut peluang tambah pendapatan

Oleh DIYANA ROSE KAMALLUDEEN

APABILA pengasas Avon, David H. McConnell menubuhkan California Perfume Company 123 tahun lalu tidak seorang pun termasuk beliau menyangka kehebatan impak syarikat tersebut ke atas jutaan penduduk dunia.

Sebagai salah sebuah syarikat jualan langsung tertua di dunia khusus untuk wanita, kini Avon berjaya membuktikan bahawa kejayaan tidak ada hadnya dengan mengumpul seramai 5.5 juta rekrut dari lebih 100 negara.

Program merekrut berbayar Success Without Limits yang dilaksanakan sejak bertahun-tahun pula mengiktiraf pencapaian cemerlang setiap wakil Avon menerusi peningkatan kredit dan menaik taraf jawatan dari wakil separuh masa sehingga tahap Ketua Unit Eksekutif Kanan.

Menurut Presiden Avon Malaysia, Thailand dan Vietnam, Mansoor Wan Abdullah, sejak 33 tahun lalu, Avon membuka peluang pendapatan kepada hampir setengah juta rakyat Malaysia.

Pinjaman kredit


"Mereka yang berminat tidak perlu mengeluarkan modal besar, sebaliknya Avon akan menyediakan pinjaman kredit untuk menambah stok barangan selain banyak kemudahan lain.

"Tahun lepas sahaja, kami membelanjakan sejumlah RM100 juta kepada semua ahli kami dalam bentuk diskaun, komisen, bonus, kemudahan di samping program latihan dan pembangunan," katanya pada pelancaran kempen 'Bersama Avon, Anda Boleh! - Pendapatan Pun Lebih di Pasar Raya Mydin, USJ Subang baru-baru ini.

Majlis itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan.

Turut hadir, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad, Datuk Ameer Ali Mydin dan Pengarah Jualan Avon Malaysia, Zakaria Daud.

Pada majlis itu juga dua wakil Avon yang terpilih sebagai ikon berjaya iaitu Pengurus Kanan Unit, Salina Mokhtar dan Pengarah Unit, Nik Rosnani Ibrahim.

Kedua-dua mereka merupakan wajah baru Avon yang telah mula dipaparkan di media elektronik dan cetak mulai 1 Ogos lalu kerana mampu meraih kejayaan sebagai wakil jualan dalam masa singkat.

Pelbagai aktiviti disediakan sepanjang pameran bergerak itu seperti khidmat nasihat penjagaan kulit, nasihat pembangunan perniagaan dan promosi jualan menarik.

Sebanyak 11 lokasi pasar raya utama di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak dipilih bagi memberi peluang kepada orang ramai mendaftar sebagai wakil Avon secara percuma.

Mereka hanya perlu membeli produk bernilai RM15 (RM17.50 Sabah dan Sarawak) daripada katalog Avon dan secara automatik tersenarai sebagai salah seorang ratusan ribu wakil Avon di Malaysia.

No comments: