Like Blog Ini...

Tuesday, August 4, 2009

Langkah pertama mengusahakan biskut raya

BULAN Ramadan masih ada kira-kira tiga minggu lagi untuk dihadapi namun percaya atau tidak ramai yang sudah mula membuat persiapan awal bagi menyambut Syawal.

Selain butik pakaian yang rata-ratanya tidak lagi menerima tempahan untuk hari raya, pengusaha biskut raya juga sudah mula mengedarkan contoh-contoh biskut untuk tempahan.

Justeru bagi pengusaha biskut raya mahupun suri rumah yang sedang merancang untuk mencari resipi biskut baru yang lebih enak dan menarik tidak perlulah bersusah-payah mencipta resipi sendiri yang belum tahu jadinya.

Ini kerana, semua itu boleh diperoleh dengan menyertai Bengkel Biskut Raya dan Tat anjuran akhbar Utusan Malaysia melalui sisipan Mega dengan kerjasama Daisy Margerin.

Bengkel akan berlangsung pada 8 Ogos ini di Dapur Lam Soon di Senai Complex, PLO 173, Jalan Cyber Utama, Kawasan Perindustrian Senai III, Senai, Johor.

Penganjuran bengkel tersebut merupakan rentetan daripada kejayaan menganjurkan dua bengkel roti, kek dan kek mini fondant pada minggu lalu di Shah Alam, Selangor.

Sambutan yang menggalakkan pada dua bengkel terdahulu membuktikan bahawa program ini cukup memberi faedah dan manfaat kepada peserta.

Ini turut diakui oleh pengasas D Flower Cake, Zanifah Md. Nor, yang turut bertindak sebagai pengajar bagi kesemua bengkel yang dianjurkan.

Menurutnya, kemahiran membuat biskut raya harus dimanfaatkan sebagai aktiviti yang mendatangkan pendapatan.

Katanya, menjelang musim perayaan pasaran untuk biskut raya sebenarnya amat luas lebih-lebih lagi bagi biskut buatan tangan (home made).

"Jadikan penyertaan di bengkel ini sebagai satu permulaan untuk memulakan satu perniagaan yang mendatangkan pendapatan lumayan," katanya.

Berbalik mengenai Bengkel Biskut Raya dan Tat, kata Zanifah, peserta akan diajar secara teori dan praktikal cara membuat tiga jenis biskut moden iaitu biskut Mahatma, biskut Jacko dan biskut Collata Bombay.

Tidak ketinggalan cara-cara membuat beberapa jenis tat seperti tat keju mocha, cappucino dan tat coklat badam.

Keenam-enam resipi ini bukan sahaja sesuai untuk dihidangkan kepada para tetamu malah boleh dijadikan produk jualan terutama pada musim perayaan.

"Berdasarkan bengkel yang lepas rata-rata peserta amat berpuas hati kerana bukan saja mereka dapat mempelajari resipi baru tapi lebih penting memperoleh panduan dan petua-petua memasak yang kebanyakannya tidak terdapat dalam mana-mana buku.

"Ini kerana dalam bidang masakan kita biasanya banyak belajar melalui try and error. Jadi melalui bengkel seperti inilah kita banyak belajar melalui kesilapan," katanya.

Sementara itu, yuran sebanyak RM200 seorang dikenakan yang meliputi sarapan pagi, makan tengah hari, sijil penyertaan, cenderahati daripada Daisy Marjerin serta beberapa hadiah cabutan bertuah yang menarik.

Paling menyeronokkan, setiap peserta boleh membawa pulang hasil 'air tangan' sendiri.

Maklumat lanjut sila hubungi 019 3126094/ 012 6759076 atau layari dflowerscake.blogspot.com.

No comments: